Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPM: Hubungan k'jaan persekutuan, Kelantan makin akrab

    PM: Hubungan k’jaan persekutuan, Kelantan makin akrab

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan hubungan Kerajaan Persekutuan dan Kelantan semakin akrab dan kedua-dua pihak mengetepikan perbezaan politik demi menumpukan penyelesaian masalah rakyat.

    Ini selepas Anwar mengadakan perjumpaan tertutup bersama Menteri Besar Kelantan Mohd Nassuruddin Daud di Kota Bharu untuk berbincang mengenai pembangunan Negeri.

    “Aspek penyelarasan dan kordinasi adalah taakul utama yang perlu diambilkira dalam menyelesaikan isu rakyat yang mendesak termasuk di Kelantan.

    “Perkara itu saya bangkitkan sewaktu menghadiri Taklimat Pembangunan Negeri Kelantan,” katanya pada satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut.

    Anwar berkata isu rakyat seperti kemiskinan tegar, pembangunan infra dan kemudahan asas adalah tekad komitmen berterusan Kerajaan Madani untuk diselesaikan, sebolehnya dengan kadar segera agar tidak terus membelenggu pihak terkesan.

    “Semasa taklimat juga, saya telah menekankan kepada kerajaan Negeri dan kementerian terkait untuk memberi fokus dalam usaha menoktahkan miskin tegar di Negeri Kelantan yang dijangka boleh diselesaikan dalam tempoh dua bulan.

    “Walhasil, saya berharap semua kementerian dan agensi yang berkaitan memberi perhatian khusus dan segera bagi memastikan kelancaran peranancangan dan pelaksanaan projek-projek di Kelantan ini secara berkesan.

    “Insya-Allah, projek-projek ini merupakan inisiatif berimpak tinggi kepada rakyat, khususnya warga Kelantan di kawasan luar bandar yang akan menikmati manfaat dalam jangka masa panjang,” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts