Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPM: Kerjasama k'jaan pusat, Negeri lancarkan bantu mangsa banjir

    PM: Kerjasama k’jaan pusat, Negeri lancarkan bantu mangsa banjir

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerjasama antara semua jentera Kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri sangat dituntut dalam menghadapi musibah banjir termasuk di Kelantan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    “Alhamdulillah, kerjasama kedua-dua pihak ketika ini telah menjadikan proses membantu mangsa banjir berjalan lancar demi keselesaan rakyat,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebook malam tadi.

    Perdana Menteri berkata beberapa projek baru turut diumumkan dalam lawatannya ke Pasir Mas semalam sebagai langkah mengatasi masalah banjir iaitu meluluskan pembinaan benteng sementara bagi Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Rantau Panjang bernilai RM6 juta.

    Selain itu, Kerajaan Kelantan bersetuju segerakan proses pengambilan tanah bagi projek PLSB Sungai Golok Fasa 2 serta proses perolehan bagi lima projek baru tebatan banjir di Kelantan bernilai RM910.52 juta akan dimulakan tahun depan.

    “Moga segala dirancang ini bermanfaat dan membantu menyelesaikan masalah banjir yang berlaku,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,235FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts