Untuk meredakan keraguan rakyat terhadap usaha kerajaan membasmi rasuah, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjelaskan proses undang-undang mengambil masa dan dia tidak akan campur tangan.
“Ada rakyat bangkitkan jika benar rasuah masih bermaharajalela, mengapa mereka (perasuah) tak dihukum segera.
“Saya tegaskan yang siasatan diteruskan. Ada jalur hukum, ada proses mahkamah (yang) perlu bebas dan mengambil masa,” katanya dalam perutusan negara yang disiarkan secara langsung malam ini.
Anwar berkata kerajaan tidak akan campur tangan dalam proses kehakiman dan memberi ruang sepenuhnya kepada agensi penguat kuasa.
[Berita lanjut menyusul]