Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPM: K'jaan tetap tegas teruskan reformasi parlimen

    PM: K’jaan tetap tegas teruskan reformasi parlimen

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan Madani komited dalam memperbaiki ketelusan pentadbiran parlimen.

    Kerajaan tetap tekad untuk memastikan Parlimen bebas dari pengaruh eksekutif melalui reformasi Parlimen bagi memperkukuh demokrasi berperlembagaan di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Anwar melalui hantaran di akaun media sosial X semalam menyatakan bahawa Kerajaan MADANI juga tegas dalam meningkatkan ketelusan pentadbiran institusi Parlimen.

    Beliau menyatakan bahawa Kerajaan MADANI telah memulakan agenda reformasi Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat pada 2023 dengan mengadakan Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri, Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara, Perbahasan Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, dan penambahbaikan sidang Kamar Khas.

    Anwar juga menyatakan beliau telah menerima kunjungan hormat daripada Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said pada hari ini, bagi bertukar pandangan dan membincangkan agenda termasuk cadangan dasar untuk menggubal Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen.

    “Parlimen merupakan institusi yang penting dalam sesebuah negara dan berfungsi sebagai semak dan imbangan terhadap kuasa eksekutif kerajaan,” kata Anwar melalui hantarannya tersebut.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts