Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPM lancar sistem Padu esok

    PM lancar sistem Padu esok

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal melancarkan Pangkalan Data Utama (Padu), sistem yang mengandungi profil individu dan isi rumah warganegara serta pemastautin tetap di Malaysia, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), esok.

    Majlis yang bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 2 petang itu akan melibatkan pembentangan mengenai Padu oleh Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dan forum bertajuk ‘Memacu Peralihan Melalui Padu’ sebelum Anwar merasmikan sistem berkenaan pada 12.15 tengah hari.

    Kementerian Ekonomi telah memaklumkan melalui laman Facebook bahawa sistem Padu akan dibuka secara rasmi kepada seluruh rakyat Malaysia selepas majlis pelancaran berkenaan.

    Padu bertujuan sebagai penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan hampir masa sebenar, yang membolehkan analitik data lebih tepat dihasilkan, penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data serta pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal.

    Gambar fail, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli bersama perdana Menteri.

    Maklumat profil akan diperoleh melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber dan sebahagiannya akan dikemaskini oleh individu.

    Pelaksanaan Padu bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan yang memudahkan pengumpulan, penyimpanan, dan pengurusan data daripada pelbagai sumber.

    Ia juga bertujuan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan dengan Padu, bagi membolehkan perkhidmatan yang lebih baik dan cekap disampaikan kepada rakyat.

    Selain pemantauan dan penilaian berkesan terhadap pelaksanaan dasar negara, Padu yang merupakan pangkalan data yang berintegrasi dan berpusat juga mampu menjimatkan sumber secara signifikan.

    Semua rakyat yang berumur 18 tahun ke atas dikehendaki mendaftar dan membuat semakan data di portal Padu, serta mengemaskini dan mengesahkan 39 maklumat diri yang diperlukan.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts