Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPM: Malaysia perlu hormati komitmen untuk bekal air ke S'pura

    PM: Malaysia perlu hormati komitmen untuk bekal air ke S’pura

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Malaysia perlu menghormati komitmenya untuk membekalkan air kepada Singapura. Dalam sidang media bersama Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Long di republik itu hari ini, Anwar berkata kedua-dua negara tidak seharusnya hanya fokus kepada mekanisme harga dalam perkara itu. Sebaliknya, dia berkata ada keperluan untuk Malaysia dan Singapura bekerjasama untuk meningkatkan kapasiti Sungai Johor bagi memastikan ia dapat menampung keperluan Johor dan juga Singapura. “Kita juga patut melihat kemungkinan Singapura menyertai satu usaha sama, dari segi kajian – yang dapat dibuat segera – dan pengurusan Sungai Johor, terutama dengan Negeri Johor,” katanya.

    Di bawah perjanjian air yang akan tamat pada 2061, Singapura menerima 250 juta gelen air mentah sehari pada harga tiga sen untuk setiap 1,000 gelen. Malaysia kemudian membeli semula sebahagian daripadanya pada harga 50 sen setiap 1,000 gelen. Pada 2018, perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad menyifatkan harga itu sebagai “tidak masuk akal” dan ia perlu dirunding semula.

    Dalam perkembangan berbeza, Lee berkata Malaysia dan Singapura kini sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan berkenaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (SEZ). Dia berkata ia bertujuan mengenal pasti perspektif kedua-dua negara berkenaan apa yang perlu ditumpukan projek itu serta berkenaan minat pelabur dan permintaan pasaran. Katanya, kedua-dua negara kemudian akan memeterai memorandum persefahaman (MOU) berdasarkan hasil kajian yang diharapkan akan selesai awal tahun ini.

    “Di peringkat awal, saya fikir ada tiga perkara yang anda ingin lakukan (di SEZ). Pertama, menambah baik aliran barangan antara dua pihak kerana SEZ mungkin bermakna aturan percukaian khas dan gudang terikat – dan maka aliran (rentas) sempadan yang lebih lancar. Kedua, aturan yang lebih baik dan mudah bagi aliran orang yang perlu bekerja di kedua-dua belah tambak. Mereka boleh keluar dan masuk, dan kemudian syarikat di SEZ boleh mendapat pekerja yang mereka perlukan – campuran yang baik antara profesional, pekerja mahir dan pekerja am lain. Dan ketiga, untuk SEZ meningkatkan ekosistem Wilayah Pembangunan Iskandar dan juga Singapura,” katanya.

    ALSO READ:  5,873 tapak 5G siap setakat 30 Sept - Fahmi

    Pada Julai lalu, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata Malaysia dan Singapura setuju untuk menubuhkan pasukan petugas khas untuk mengkaji penubuhan SEZ. Rafizi berkata pasukan itu akan membentangkan perkembangan kajian kepada pemimpin kedua-dua negara di Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-10 yang bermula hari ini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts