Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPM, MB Terengganu adakan perjumpaan tertutup

    PM, MB Terengganu adakan perjumpaan tertutup

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dan menghadiri taklimat berhubung pembangunan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, di Kuala Terengganu.

    Ketibaan Anwar pada 3.37 petang disambut Ahmad Samsuri, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil.

    Mengiringi Anwar ke taklimat itu ialah Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, serta barisan exco kerajaan Negeri.

    Taklimat yang berlangsung kira-kira satu jam 15 minit itu, turut disertai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

    Anwar selepas ini dijadualkan hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 peringkat Negeri Terengganu di perkarangan Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus.

    – Bernama


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts