Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPM: M'sia jadi destinasi pelaburan dunia kerana kestabilan politik

    PM: M’sia jadi destinasi pelaburan dunia kerana kestabilan politik

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia kini menjadi perhatian dunia sebagai destinasi pelaburan unggul berikutan kestabilan politik dan dasar ekonomi yang jelas.

    Anwar berkata dasar-dasar seperti Transformasi Digital, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NTER) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 membantu pelabur melihat kekuatan yang ada pada negara.

    “Malaysia sekarang dengan pelaburan (seperti) Infineon, Nvidia dan puluhan lagi, memerlukan 30,000 jurutera yang tak dapat kita isi sepenuhnya.

    “Maka, tumpuan ibu bapa dan anak-anak Melayu mestilah di lapangan sains dan matematik dan TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) yang diusahakan secara gigih oleh (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri (Dr Ahmad) Zahid (Hamidi) untuk meningkatkan keupayaan mereka,” katanya.

    Dia berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 peringkat Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di Melaka, semalam.

    Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, Ahmad Zahid dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

    Justeru, Anwar menyeru semua pihak di seluruh peringkat agar dapat melakukan perubahan sikap dan minda bagi mengelakkan negara terus ketinggalan daripada pelbagai segi.

    “Saya benar-benar mengharapkan ada perubahan sikap dan minda…kalau tidak, kita akan ketinggalan kerana kita bertempur dalam hal-hal yang titik bengik (remeh), berlarutan bergaduh dalam hal-hal kecil, meninggalkan hal pokok dan kita akan ketinggalan bukan sahaja dalam kalangan kaum yang bersaing tapi juga negara-negara maju.

    “Saya tak mahu rakyat kita tertinggal kerana bergelut dalam hal-hal yang remeh dan kita akan tewas dan kalah dalam persaingan ini,” katanya.

    Dalam pada itu, Anwar berkata kerajaan berhasrat untuk menubuhkan fakulti baru berteraskan kecerdasan buatan (AI) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hasil pertemuannya dengan sebuah syarikat berpangkalan di Taiwan sebelum ini.

    ALSO READ:  PM hadir sambutan Tahun Baru Cina MCA

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts