Perdana Menteri Anwar Ibrahim menafikan laporan media berhubung dakwaan kerajaan sedang dalam rundingan untuk membuka kasino di Forest City di Johor.
Anwar juga berkata laporan berkenaan adalah tidak benar sama sekali.
“(Pertimbangan) Lesen kasino tak betul, tak betul…itu tipu,” katanya ringkas ketika ditemui di majlis rumah terbuka Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Komunikasi di Putrajaya, hari ini.
[Berita lanjut menyusul]