Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPM: Peruntukan pada T'ganu lebih banyak berbanding diberi k'jaan terdahulu

    PM: Peruntukan pada T’ganu lebih banyak berbanding diberi k’jaan terdahulu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa Putrajaya meminggirkan Terengganu, mengatakan bahawa pentadbirannya memberikan peruntukan yang lebih besar kepada Negeri itu berbanding kerajaan sebelumnya.

    Bercakap pada mesyuarat bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya pagi ini, Anwar, yang juga Menteri kewangan, berkata dana disalurkan terus kepada rakyat, tanpa mengambil kira pakatan politik mereka, bukannya kepada ahli parlimen mana-mana kawasan.

    “Meskipun Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan sudah jelaskan (mengenai perkara itu) di Parlimen, mereka (pembangkang) tetap memanggil kami zalim.

    “Semasa saya menjadi pembangkang berpuluh tahun, kita tidak menerima sebarang peruntukan, termasuk ketika Umno-PAS-Bersatu menjadi kerajaan. Ketika itu tidak zalim, tetapi sekarang zalim?

    “Bolehkah undang-undang (Islam) berubah mengikut pakatan politik? Kalau dulu zalim, ya, sekarang pun zalim,” sindir Anwar.

    Semasa sidang Dewan Rakyat pada 6 Mac lalu, Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar (PN-Kemaman) meminta penjelasan daripada Anwar mengenai tunggakan bayaran royalti minyak kepada Negeri itu tahun lalu.

    Ahli parlimen PAS itu mendakwa Negeri itu masih belum menerima kira-kira RM1 bilion daripada kerajaan pusat.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts