Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines‘PM pusing dunia cari pelabur, orang sibuk cakap pasal songkok’

    ‘PM pusing dunia cari pelabur, orang sibuk cakap pasal songkok’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said menyatakan rasa kesal dengan sikap sesetengah rakyat Malaysia yang lebih suka menyanjung tinggi negara luar berbanding negara sendiri.

    Kata Azalina, lebih buruk lagi apabila rakyat dengan mudah terdorong dengan berita-berita buruk mengenai kerajaan yang dipaparkan di media-media sosial hari ini.

    “Perdana Menteri pusing satu dunia cari pelabur, semua puji, semuanya hebat dan orang sibuk nak cakap songkoklah tak pakai. Ini semua clickbait (umpan klik) sebab kita enjoy berita buruk.

    “Perdana Menteri ke sana, sini, kenapa Datin Seri tak ikut, itu berita jahatlah.

    “Inilah persekitaran kita, baik dan buruk tapi (bila) Singapura buat (konsert penyanyi antarabangsa) Taylor Swift boleh pula. Kemudian nak suruh Malaysia buat juga.

    “(Isu penganjuran) Sukan Komanwel pun nak bergaduh, inilah masalah kita,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Kebangsaan Mengenai Perlindungan Murid Daripada Eksploitasi Seksual di Shah Alam, hari ini.

    Mengulas lanjut, Azalina berkata jika benar Malaysia begitu buruk pada pandangan mata rakyatnya kenapa warga asing yang masuk ke dalam negara enggan pulang.

    “(Warga) Indonesia masuk balik ke tak? (Warga) Bangladesh masuk balik ke tak? Rohingya masuk, balik tak? Semua tak nak balik, kenapa tak nak balik?

    “Kalau busuk sangat Malaysia, jahat sangat perdana Menteri kesepuluh, baliklah. Betul tak?

    “Ini tidak, dia datang, dia duduk, dia makan, dia tidur sebab ini adalah negara yang aman, selamat dan negara yang berjaya,” katanya.

    Bagaimanapun Azalina mengakui isu kenaikan barang memberi kesan kepada banyak pihak.

    “Betul, saya duduk di Shah Alam, kuih di bazar ramadannya RM1 seketul. Betul.

    “Saya tak nafi (kenaikan harga barang) tapi terpulanglah nak makan ke tak nak. Ini pilihan kita,” katanya.

    ALSO READ:  Bersih gesa Anwar mula reformasi SPR dengan lantik pengganti Ghani

    Dalam perkembangan berkaitan, Azalina mengingatkan penting untuk semua pihak memberi sokongan kepada sebuah kerajaan yang stabil.

    “Itu sebab kita kena beri sokongan kepada kerajaan yang stabil, kepada perdana Menteri kesepuluh Anwar Ibrahim supaya kami dapat tawarkan perkhidmatan kepada rakyat sampai habis penggal.

    “Kalau nak tukar, tukarlah lepas itu. (Tapi, buat masa ini) biarlah kami bekerja. Ini tidak, sikit-sikit nak tukar.

    “Tak akanlah kahwin isteri cantik tiba-tiba (bila berubah jadi) tak cantik nak cerai.

    “Tak akan kahwin dengan isteri kurus bila dah gemuk nak cerai juga. Mana boleh. Jangan ikut hati, biar kami tadbir negara hingga habis penggal,” katanya.

    Azalina juga berkata dia hairan dengan isu kejatuhan nilai ringgit yang mendapat maklum balas ramai pihak.

    “Ringgit turun semua orang mengamuk. Kita ini import, eksport ringgit ke?

    “Tak tahulah kalau tuan, puan beli saham antarabangsa hingga kita sibuk pasal ringgit.

    “Macam nak gila marah kerajaan, tapi orang beri tahu saya setiap hujung tahun (ramai yang) terbang melancong ke luar negara punyalah ramai.

    “Inap sewa semua penuh. Saya ahli parlimen Pengerang, dekat (dengan pusat perananginan) Desaru Coast, tapi saya tak pernah masuk Desaru Coast, satu bilik harga RM20 ribu, bukan saja (bilik berharga) RM17 ribu, RM20 ribu ke RM25 ribu, tapi penuh, dalam senyap-senyap orang Malaysia masuk tak beritahu orang,” katanya.

    Azalin turut membidas sesetengah pihak yang liat hendak membayar cukai.

    “Ini (apabila) Kementerian Pengangkutan suruh bayar cukai sikit, semua orang marah, pergi luar negara, keluar, masuk Thailand bayar cukai boleh pula.

    “(Bayar cukai kepada negara) Indonesia boleh tapi Malaysia tak boleh,” ujarnya.

    ALSO READ:  Unit BHIC jual 20.77 peratus kepentingan Bousted Naval Shipyard pada RM1
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts