Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPM: Suasana tenang, pengundi laksanakan tanggungjawab

    PM: Suasana tenang, pengundi laksanakan tanggungjawab

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung di enam negeri hari ini agar tidak menangguhkan untuk menunaikan tanggungjawab, sebaliknya keluar lebih awal untuk mengundi. Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu turut meminta pengundi dan penyokong agar mengundi dengan tenang bagi memilih wakil rakyat kawasan masing-masing untuk tempoh lima tahun akan datang.

    “Saya minta pengundi melaksanakan tanggungjawab masing-masing. “Musim kempen sudah selesai, jadi kembali bersilaturahim,” katanya kepada pemberita selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, di Permatang Pauh hari ini.

    Anwar berkata berdasarkan pemantauan pihak berkuasa, suasana di keenam-enam negeri berada dalam keadaan yang baik dan tenang setakat pukul 10 pagi.

    Sementara itu, Perdana Menteri mengulangi bahawa PRN tidak akan menjejaskan pentadbiran Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinannya. “Ini PRN, sementara itu Kerajaan Persekutuan akan berjalan tugas seperti biasa mulai esok akan meneruskan kerja kita dan keputusan akan menentukan kepemimpinan kerajaan negeri yang baru,” katanya menambah akan bergegas ke ibu negara selepas mengundi.

    Terdahulu, Anwar ditemani isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selesai mengundi di sekolah berkenaan pada 9.41 pagi. Ketibaan mereka disambut Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin serta Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Tan Cheng San.

    Lebih 9.67 juta pengundi berdaftar dijangka keluar mengundi pada PRN di enam negeri hari ini yang melibatkan pertandingan 40 kerusi DUN di Pulau Pinang, Selangor (56), Negeri Sembilan (36), Kedah (36), Terengganu (32) dan 45 DUN di Kelantan.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts