Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPM: Tadbir urus lebih tegas, pantas pada tahun kedua pentadbiran

    PM: Tadbir urus lebih tegas, pantas pada tahun kedua pentadbiran

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Anwar Ibrahim: Kerajaan Perpaduan akan ambil tindakan tegas untuk pembangunan ekonomi

    Kerajaan Perpaduan akan memulakan corak tadbir urus lebih tegas dan pantas untuk mengemudi negara pada tahun kedua pentadbiran, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Pada Majlis Kesyukuran Sempena Setahun Pentadbiran Kerajaan Madani di Putrajaya malam tadi, Anwar berkata pada tahun pertama mengemudi negara, Kerajaan Perpaduan dengan tekad barisan jemaah Menteri telah berjaya menyelesaikan pelbagai masalah asas rakyat. Antara usaha yang telah diperkenalkan dalam pentadbirannya termasuk Ekonomi Madani dan Pelan Induk Perindustrian Baru (NIMP) 2030 selain menyelesaikan isu pendidikan.

    “Tahun pertama kita kemudi (Malaysia), pada awalnya terumbang-ambing tetapi Alhamdulillah dasar jelas kita selesaikan masalah rakyat.

    “Cukup setahun dengan mandat ada… tahun (baru) ini, kita akan mula dengan lebih tegas dan lebih jelas untuk bangunkan ekonomi negara,” katanya yang juga Menteri Kewangan.

    Anwar mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri pada 24 November 2022, lima hari selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebelum mengumumkan pelantikan dua Timbalan Perdana Menteri serta 28 ahli jemaah Menteri dalam Kerajaan Perpaduan pada 2 Disember 2022.

    Pada 19 Jan, Anwar memperkenalkan Malaysia Madani sebagai usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia. Madani diacu berteraskan enam rukun iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan.

    Mengimbau kembali pembentukan Kerajaan Perpaduan, Anwar berkata ia adalah hasil kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta tekad parti politik yang ingin menyelamatkan negara selepas PRU15.

    “Bila Yang di-Pertuan Agong sebut bentuk Kerajaan Perpaduan, kita satu semua kekuatan dan ketepikan pertempuran politik lama untuk selamatkan negara.

    ALSO READ:  Tree falls on car in Klang after downpour

    “Ada memilih tangguh dan tolak tetapi kami memilih terima (bentuk Kerajaan Perpaduan),” katanya sambil menambah parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan memberi komitmen kukuh untuk mengangkat martabat rakyat negara ini.

    Sementara itu, Anwar turut menzahirkan rasa bangga di atas komitmen barisan jemaah Menteri menekankan tatakelola yang baik dalam usaha menghentikan amalan rasuah dan salah guna kuasa di negara ini.

    “Alhamdulillah sepanjang setahun, kita pantau melalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), saya bangga kerana keputusan kita yang ikut proses tatakelola, ikut tender dan bagi amaran yang keras, pimpinan tidak boleh guna kuasa untuk kayakan diri dan keluarga.

    “Seminggu lalu, ditanya laporan SPRM, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan polis, pimpinan kita dapat pertahan supaya menghentikan amalan salah guna kuasa dan rasuah,” katanya.

    Anwar turut mengingatkan semua pihak agar bersatu padu dan tidak memusuhi antara satu sama lain kerana ia akan merugikan negara.

    Pada majlis itu, Anwar bersama-sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan barisan jemaah Menteri serta kira-kira 5,000 jemaah menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat hajat serta membaca Surah Yassin yang dipimpin Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Hosni.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts