Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPM: Tamadun runtuh kerana nilai dan akhlak tak diberi tumpuan

    PM: Tamadun runtuh kerana nilai dan akhlak tak diberi tumpuan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Kejayaan sebuah tamadun adalah hasil daripada pimpinan pemimpin yang mempunyai hati nurani yang bersih dan tidak hanya bergantung kepada kerangka ekonomi, sosial, pendidikan dan teknologi, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Anwar berkata tanpa ciri itu pada pemimpin, sesebuah tamadun akan runtuh sekiranya soal nilai dan akhlak tidak diberi tumpuan dalam agenda pembangunan tamadun.

    “Dalam dunia moden dan teknologi maju, perlu ada nilai dan akhlak. Tamadun yang runtuh bukan kerana faktor ekonomi atau sosial, tetapi kerana tiada nilai dan akhlak, itulah sebab tatakelola akan rosak.

    “Apabila tatakelola lemah, negara akan jatuh,” kata Anwar ketika menyampaikan amanat pada Majlis Ilmu MADANI dan Sesi Dialog Perdana Menteri bersama pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan agensi agama di Seri Perdana, Putrajaya, semalam.

    Anwar berkata sejak beliau memimpin Kerajaan Perpaduan pada bulan November yang lalu, agenda untuk meningkatkan martabat Malaysia di mata dunia menjadi agenda utama beliau dengan bantuan barisan Menteri Kabinet yang mewakili pelbagai kaum dan agama.

    “Saya menanggung jawatan ini, Alhamdulillah, dan saya merasa selesa. Saya tidak memerlukan jutaan ringgit untuk membeli harta.

    “Saya tidak memerlukan itu, tetapi saya ingin membuktikan bahawa di Malaysia terdapat Melayu Islam yang memegang teguh prinsip Islam dan boleh meningkatkan martabat negara,” kata beliau yang juga merupakan Menteri Kewangan.

    Mengenai perananan Jakim, Anwar berkata perananan jabatan tersebut di bawah kepimpinannya lebih meluas berbanding sebelum ini kerana nasihat dan pandangan Jakim diperlukan dalam setiap urusan pentadbiran negara dan beliau menghargai setiap pandangan yang dibuat oleh agensi tersebut.

    Majlis Ilmu MADANI dan Sesi Dialog Perdana Menteri bersama pegawai Jakim yang bermula pada pukul 6.30 petang tersebut dihadiri oleh kira-kira 300 pegawai hal ehwal Islam Jakim dari seluruh negara.

    ALSO READ:  Immigration Dept investigation on Singaporean woman’s detention by officers will be fair to both sides, says DG

    Hadirin turut bersolat maghrib berjemaah selepas itu yang diimamkan oleh Imam Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Zulkeffly Adimun, diikuti dengan bacaan doa dan tausiyah (nasihat) yang disampaikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Profesor Madya Dr. Luqman Abdullah. Mereka kemudiannya menunaikan solat isyak secara berjemaah.

    Majlis ilmu sedemikian diadakan secara berkala di Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri, sejak diperkenalkan oleh Anwar pada 22 Disember 2022 dengan pengisian tausiyah yang disampaikan oleh ulama terkenal dari dalam dan luar negara serta solat berjemaah.

    Antara ulama yang pernah menyampaikan ceramah dalam majlis tersebut termasuklah Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Dr. Ekrima Sabri, ulama dari United Kingdom, Sheikh Ahmed Mohamed Saad Al-Maliki Al-Azhari Al-Hasani dan ulama dari Gambia, Sheikh Muhammad Haydara Al-Jilani.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts