Bersempena sambutan Hari Ibu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melepaskan peluang menitip penghargaan kepada semua wanita bergelar ibu khususnya kepada Allahyarham ibu beliau, Che Yan Hamid Hussein, dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Menerusi hantaran di laman Facebook malam ini, Anwar menzahirkan ucapan terima kasih atas segala pengorbanan, penat lelah dan nasihat yang tidak putus-putus diberikan oleh seorang ibu demi kasih sayang kepada anak-anak.
“Kenanglah jasa ibu kita. Dakaplah tubuhnya dan kucuplah tangannya setiap saat selagi Yang Maha Esa mengizinkan waktu untuk kita bersama ibu,” kata beliau.
Perdana Menteri turut memuat naik dua keping gambar beliau memeluk Allahyarham ibu dan isteri tercinta.
Hari Ibu disambut di seluruh dunia pada Ahad kedua bulan Mei setiap tahun.
– Bernama
Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!