Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPM ulang jemputan kepada Presiden Xi, Premier Li ke Malaysia tahun depan

    PM ulang jemputan kepada Presiden Xi, Premier Li ke Malaysia tahun depan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Perdana Menteri Anwar Ibrahim sekali lagi menjemput Presiden China Xi Jinping dan Premier Li Qiang, untuk mengadakan lawatan negara dan lawatan rasmi tahun depan ke Malaysia, sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China pada tahun 2024.

    Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata sempena sambutan ulang tahun hubungan diplomatik kedua-dua negara berkenaan pada tahun depan, pelbagai aktiviti sedang dirancang bersama untuk dilaksanakan di Malaysia dan China.

    Perdana Menteri berkata tahun ini pula, merupakan ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China dan untuk tahun 2023, 12 pertukaran lawatan tertinggi dari Malaysia ke China dan enam pertukaran lawatan tertinggi dari China ke Malaysia, telah diadakan setakat ini.

    “Saya telah mengadakan lawatan ke China buat kali kedua pada tahun ini,” kata Anwar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, sempena lawatan kerja beliau di Nanning, untuk menghadiri China-ASEAN Expo (Caexpo) ke-20.

    Anwar melawat China buat pertama kali pada Mac tahun ini, di mana beliau mengadakan lawatan kerja di Beijing dan Hainan, selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada November tahun lepas.

    Perdana Menteri menyifatkan hubungan Malaysia dengan China istimewa dan bersejarah, kerana ia berdasarkan prinsip saling hormat menghormati dan kesaksamaan.

    Mengulas perbincangan beliau dengan Li sempena lawatannya kali ini ke China, Anwar berkata ia menyentuh pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa berkepentingan bersama.

    Anwar berkata kedua-dua pihak menyambut baik perkembangan kerjasama di bawah projek Belt and Road Initiative (BRI) seperti Two Countries, Twin Parks, iaitu Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) dan cadangan penaiktarafan projek; East Coast Rail Link (ECRL) dan AHTV (Automative High Tech Valley), yang melibatkan penerokaan kerjasama susulan antara DRB Hicom dan Geely, khususnya dalam bidang kenderaan elektronik dan bidang berteknologi tinggi.

    ALSO READ:  Tuduhan cuba rasuah Agong fitnah melulu yang jelik, kata Muhyiddin

    Beliau berkata kedua-dua negara juga bersetuju meningkatkan kerjasama dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), dan kerjasama dalam bidang penyelidikan antara universiti di Malaysia dan China.

    “Malaysia dan China juga bersetuju meningkatkan kerjasama dalam bidang komoditi dan industri berasaskan pertanian seperti minyak sawit, getah, biodiesel, durian, keterjaminan makanan dan akses kemasukan produk pertanian Malaysia ke pasaran China,” katanya.

    Anwar berkata kedua-dua negara juga bersetuju meningkatkan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi pembangunan vaksin, penyelidikan dan pembangunan serta pusat pembuatan, selain mengalu-alukan kerjasama lebih banyak dalam kalangan syarikat berteknologi tinggi dan pendigitalan ekonomi.

    Dalam aspek keterhubungan, Anwar berkata kedua-kedua negara juga bersetuju meningkatkan kerjasama dalam bidang pelancongan serta meningkatkan kadar frekuensi penerbangan di antara Malaysia dan China.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts