Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPM umum kelulusan khas gaji pekerja asing bagi 3 subsektor

    PM umum kelulusan khas gaji pekerja asing bagi 3 subsektor

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kelulusan penggajian pekerja asing bagi tiga subsektor iaitu gedung tekstil, kedai gunting rambut, dan kedai emas yang dibekukan sejak 2009. Bagaimanapun, perdana Menteri berkata kelulusan khas itu masih tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

    “Kita bagi kelulusan kedai gunting, tekstil, tukang emas, dan juga restoran (untuk gajikan pekerja asing). Tapi, saya tak mahu bagi penuh. Oleh kerana keperluan segera untuk tiga kategori ini kita luluskan,” katanya pada majlis pelancaran program lestari niaga di Brickfields, Kuala Lumpur, hari ini.

    Terdahulu, Anwar meminta Menteri Sumber Manusia V Sivakumar membentangkan kertas kerja pada mesyuarat jemaah kabinet Jumaat ini supaya memberi kelulusan kepada tiga subsektor tersebut untuk menggajikan semula pekerja asing. “Syaratnya, kementerian akan pastikan kita adakan latihan dan insentif untuk pastikan anak kita dilatih dan bekerja menggantikan pekerja asing pada masa akan datang kerana kita tak boleh teruskan macam ini. Kalau sementara tak apa,” katanya.

    Sektor perniagaan tekstil, kedai emas, dan gunting rambut antara bidang perniagaan yang telah dibekukan daripada mengambil pekerja asing sejak 2009. Terdahulu, Saravanan dalam ucapan menyifatkan kelulusan khas pengambilan pekerja asing bagi tiga subsektor itu sebagai ‘hadiah Deepavali’ kepada masyarakat India di negara ini. “Isu pekerja asing dalam tiga sektor ini sudah lama tidak dapat diselesaikan. Saya harap perdana Menteri mengambil maklum perkara ini dan memberi kelulusan sebagai ‘hadiah Deepavali’,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts