Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPM yakin potensi setiap rakyat dalam prospek cerah ekonomi

    PM yakin potensi setiap rakyat dalam prospek cerah ekonomi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau yakin dengan kemampuan rakyat Malaysia merealisasikan potensi negara dalam pembangunan ekonomi, terutama dalam pelaburan bernilai tinggi.

    Berkongsi laporan video dari laman Facebook Forum Ekonomi Dunia (WEF) mengenai potensi Malaysia yang semakin meningkat dalam industri semikonduktor hari ini, Anwar berkata kerajaan Madani komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.

    “Dengan pelaburan bernilai tinggi daripada syarikat global, menghasilkan pekerjaan berpendapatan tinggi untuk lebih ramai rakyat Malaysia.

    “Saya mempunyai keyakinan penuh herhadap potensi setiap rakyat Malaysia dalam prospek cerah untuk ekonomi kita dan masa depan kita bersama sebagai sebuah negara,” kata Anwar dalam akaun Facebooknya.

    Laporan video WEF menekankan bahawa Malaysia, terutamanya Pulau Pinang, sedang muncul sebagai kuasa semikonduktor baharu, selepas Negeri itu memperoleh pelaburan langsung asing (FDI) bernilai AS$12.8 bilion (AS$1 = RM4.76) tahun lepas.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts