Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPMO: Anwar tidak sokong tubuh parti politik baru

    PMO: Anwar tidak sokong tubuh parti politik baru

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak menyokong atau memperakui mana-mana pihak untuk menubuhkan parti politik baru.

    Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan media berkata, pihaknya memandang serius tindakan mana-mana kumpulan yang secara sengaja menyalahgunakan nama perdana Menteri tanpa kebenaran pihaknya.

    “Tindakan sedemikian adalah amat tidak bertanggungjawab sekali gus memberi dampak negatif kepada kredibiliti perdana Menteri dan pentadbiran kerajaan.

    “Sehubungan itu, pihak Pejabat Perdana Menteri menasihatkan agar rakyat tidak keliru dengan kenyataan tidak rasmi yang dikeluarkan mana-mana pihak,” kata PMO.

    Semalam, Malaysiakini melaporkan seorang ahli perniagaan yang juga kenalan rapat Anwar menyatakan hasratnya untuk menubuhkan parti politik baru berasaskan kaum India di negara ini.

    P Thiagarajan berkata demikian pada majlis “Komuniti India ke arah Masa Depan yang Lebih Cerah” di Klang pada Sabtu lalu, dalam usaha memungut suara pemimpin masyarakat dan NGO India berhubung keperluan menubuhkan parti baru di negara ini.

    Dia berkata, segala keputusan yang dibuat pada majlis itu akan disampaikan kepada perdana Menteri dalam masa terdekat.

    “Saya telah memberitahu kepada Anwar mengenai majlis hari ini. Beliau berkata ‘teruskan’

    “Apa jua maklum balas hari ini, saya akan sampaikan kepadanya dalam masa terdekat.

    “Sebarang keputusan muktamad akan diambil oleh beliau. Jangan risau, kita harap yang terbaik daripada PM kita,” katanya pada majlis yang dihadiri lebih 400 orang terdiri daripada pemimpin dan wakil NGO daripada kalangan masyarakat India.

    Turut hadir, bekas presiden MyPPP, M Kayveas, bekas setiausaha agung IPF K Panjamoorthy, bekas ahli parlimen Kapar S Manikavasagam, bekas Adun Kahang Ramis Subramaniam, bekas pemimpin veteran MIC Dr N Ganabaskaran dan penganjur majlis bekas ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, KP Samy.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,235FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts