Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPMO kata teruskan - penganjur program pemikiran Qaradawi

    PMO kata teruskan – penganjur program pemikiran Qaradawi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penganjur Konvensyen Pemikiran Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi pada hujung minggu ini berkata pihaknya telah menerima sepucut surat daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) memaklumkan supaya program itu “diteruskan.” “Pihak penganjur sangat menghargai dan mengucapkan terima kasih kepada YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pejabat Perdana Menteri atas sokongan penuh yang diberikan dalam penganjuran program wacana ilmu seperti ini. Dengan ini, Konvensyen Sunah ke-11 akan diteruskan seperti dijadual,” kata Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia pada pengumuman rasmi di media sosial.

    Semalam, penganjur membuat hantaran menyatakan rasa kecewa mereka apabila Konvensyen Sunnah ke-11: Pemikiran Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi Dalam Pembentukan Negara Madani terpaksa ditangguhkan.

    Menurut pentadbir akaun itu, keputusan tersebut diambil selepas Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan tidak meluluskan permohonan tauliah khas kepada beberapa ahli panel konvensyen tersebut. NGO yang menganjurkan konvensyen yang akan diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur itu dikaitkan dengan Mufti Perlis Asri Zainul Abidin. Asri sebelum ini berkhidmat sebagai penasihat pertubuhan itu. Bagaimanapun tidak jelas sama ada dia masih memegang jawatan sama.

    Berdasarkan poster, dia terlibat dalam acara membincangkan pemikiran ulama besar kontemporari Islam kelahiran Mesir yang meninggal pada 26 September lepas itu.

    Semalam, Asri memberitahu Malaysiakini Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah pun memberikan lampu hijau supaya acara membincangkan pemikiran Yusuf Al-Qaradawi di ibu negara Ahad ini diteruskan. Gambar Anwar juga dimuatkan dalam poster program tersebut itu tetapi tidak jelas sama ada dia akan menyertainya atau tidak. Anwar sendiri amat menghormati Yusuf Al-Qaradawi yang dirujuk sebagai sahabat dan pakar rujuknya dalam isu-isu agama.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts