Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPMO: Walau Terengganu tolak, Akta Wilayah Laut masih terpakai

    PMO: Walau Terengganu tolak, Akta Wilayah Laut masih terpakai

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu walaupun DUN Terengganu membuat keputusan menolak pemakaiannya, melainkan ia diisytiharkan sebaliknya oleh mahkamah.

    Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan hari ini menegaskan, adalah menjadi pendirian kerajaan persekutuan bahawa Akta 750 telah dibuat dan diluluskan oleh Parlimen secara sah di sisi Perlembagaan Persekutuan.

    “Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan persekutuan untuk memastikan hak kedaulatan Malaysia termasuk perairan Malaysia sentiasa dilindungi,” menurut kenyataan itu bagi mengulas beberapa laporan akhbar yang menyatakan DUN Terengganu telah menolak pemakaian Akta 750.

    Kenyataan itu memaklumkan tujuan Akta 750 digubal adalah bagi mengadakan peruntukan mengenai laut wilayah Malaysia dan memelihara keutuhan sempadan wilayah dan hak kedaulatan Malaysia, serta bagi menjamin keutuhan keselamatan dan integriti wilayah.

    Menurut kenyataan itu, penggubalan akta tersebut juga adalah bagi memenuhi obligasi Malaysia di bawah Konvensyen Undang-undang Laut 1982 (UNCLOS).

    “Selaras dengan nilai-nilai Malaysia Madani, sekali lagi dinyatakan di sini bahawa kerajaan persekutuan sentiasa memberikan peruntukan pembangunan kepada semua Negeri termasuk Terengganu,” menurut kenyataan itu.

    Khamis lepas, Terengganu dilaporkan telah menolak Akta 750 yang mengehadkan sempadan maritim Negeri sehingga tiga batu nautika, iaitu 5.5 kilometer dari kawasan pantai.

    Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata sidang DUN menolak Akta Laut Wilayah 2012 kerana ia membataskan hak Negeri menerokai sumber dan hasil melalui sempadan maritim Negeri sekadar tiga batu nautika (5.5 kilometer) dari garis air surut wilayah Terengganu.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts