Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPN kekal di Suka Menanti

    PN kekal di Suka Menanti

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen Pakatan Harapan (PH) untuk membatalkan kemenangan Perikatan Nasional (PN) di kerusi Suka Menanti semasa pilihan raya Negeri Kedah pada 12 Ogos lalu.

    Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar Quay Chew Soon membenarkan bantahan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap petisyen pilihan raya oleh calon PH Zamri Yusuf.

    Ketika dihubungi, peguam persekutuan Sallehudin Md Ali, yang mewakili SPR mengesahkan keputusan prosiding melalui zoom itu.

    Bantahan awal itu adalah berhubung dakwaan SPR bahawa Zamri gagal memberikan butiran yang mencukupi tentang dakwaannya.

    Menerusi petisyen pilihan raya, Zamri mendakwa SPR gagal mematuhi undang-undang pilihan raya ketika mengendalikan pilihan raya Kedah, sekali gus menyebabkan kemenangan Dzowahir Ab Ghani dari PN sebagai tidak sah.

    Calon PH itu juga antara lain mendakwa bahawa kemenangan PN adalah tidak sah kerana SPR tidak membenarkan undi pos, dan ejen pilihan raya daripada memasuki pusat mengundi.

    Quay yang bersetuju dengan bantahan SPR, berkata petisyen Zamri adalah cacat, dan mengarahkan pempetisyen membayar kos RM15,000 kepada SPR.

    Dzowahir memenangi kerusi Suka Menanti dengan 18,396 undi, manakala Zamri hanya mendapat 10,151 undi dalam pertandingan dua penjuru.

    Selain Sallehudin, SPR turut diwakili peguam kanan persekutuan Ahmad Hanir Hambaly dan Nur Idayu Amir. Zamri pula diwakili oleh peguam Sofee Razak.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts