Kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dikecam oleh Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin kerana dianggap acuh tak acuh dalam menangani ekonomi negara. Menurut Muhyiddin, hal ini terutama berkaitan dengan kos sara hidup rakyat.
Pada Disember 2023, Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) terus merekodkan aliran negatif sebanyak 1.3 peratus. Jumlah ini menurun sedikit berbanding dengan negatif 1.5 peratus pada bulan November tahun yang sama.
“Kerajaan seolah-olah tidak memberi perhatian yang sewajarnya terhadap keadaan yang sedang berlaku pada masa kini,” tegas Muhyiddin.
Beliau turut menyatakan bahawa masalah ini telah berlarutan lebih setahun tanpa sebarang tindakan konkret untuk meredakan kebimbangan rakyat.
“Aliran negatif IHPR merupakan satu lagi bukti bahawa ekonomi negara semakin meruncing dan tidak stabil. Jika cara pemimpinan dan pentadbiran ekonomi tidak diubah, saya bimbang Malaysia akan menghadapi lebih banyak cabaran ekonomi yang sukar,” jelas beliau.
[Berita penuh menyusul]