Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPN pertaruh Cikgu Kasim di Pelangai sekali lagi

    PN pertaruh Cikgu Kasim di Pelangai sekali lagi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Perikatan Nasional (PN) sekali lagi mengetengahkan Naib Yang Dipertua PAS Bentong Kasim Samat, sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Okt ini. Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengumumkan perkara itu berkata pengundian semula Kasim, disepakati semua parti komponen PN. “Parti (PAS) telah menerima senarai tiga calon…kita bawa bincang dalam Majlis Syura dan terima bahawa ketiga-tiga calon dari segi syarie layak. “Parti bincang siapa yang terbaik, kami tengok siapa yang paling dekat dengan pengundi. Calon dari Pelangai sendiri, anak jati yang tinggal di sini,” katanya pada majlis pengumuman calon PN yang diadakan di Simpang Pelangai di Bentong, semalam.

    Kasim, 62, atau lebih dikenali sebagai sebagai Cikgu Kasim sebelum ini pernah bertanding di DUN Pelangai pada Pilihan Raya Umum Ke-15, namun tewas kepada Allahyarham Johari Harun daripada Barisan Nasional (BN), yang menang dengan majoriti 4,048 undi. Kasim yang merupakan bekas guru sekolah menengah dan kolej matrikulasi ketika ditemui media berkata beliau berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan kepimpinan PN. “Saya akur dan saya berjanji saya akan bekerja untuk masyarakat di DUN Pelangai ini,” kata Kasim yang juga Pengerusi Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia Kebangsaan Negeri Pahang.

    PRK Pelangai akan berlangsung pada 7 Okt ini, susulan kematian Johari yang merupakan penyandang bagi DUN itu dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon pada 23 Sept ini, manakala 3 Okt ditetapkan sebagai hari pengundian awal. – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts