Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mendakwa ada 10 lagi wakil rakyat PN akan memberikan sokongan kepada kepemimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Tidak menyatakan secara khusus ahli parlimen yang dirujuknya, dia berkata jumlah itu termasuk sokongan yang sudah diumumkan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Zulkafperi Hanapi, beberapa hari lalu.
Dia juga tidak menyatakan secara spesifik bila ahli parlimen terbabit akan membuat pengumuman, namun memberi bayangan ia akan berlaku sebelum Dewan Rakyat mula bersidang 28 Feb ini.
Menggunakan ‘fomula’ 8+3, Syed Abu Hussin sekadar memberikan bayangan ahli parlimen terbabit.
“Bagi kawasan utara – Kedah, Pulau Pinang, dan Perak – ada lima orang. Kawasan Pantai Timur – Kelantan, Terengganu dan Pahang – tiga orang, dan kawasan tengah (Selangor dan Melaka), tiga orang lagi,” katanya pada sidang media secara langsung melalui Facebook dan TikTok, hari ini.
[Laporan lanjut menyusul]