Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPokok Sena rekod gelombang haba, suhu panas tahap dua

    Pokok Sena rekod gelombang haba, suhu panas tahap dua

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kawasan Pokok Sena di Kedah mencatatkan suhu panas tahap dua atau gelombang haba pada pukul 4.30 petang tadi.

    Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di laman Facebook menyatakan, gelombang haba merujuk kepada suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

    Berdasarkan kenyataan itu, suhu panas tahap berjaga-jaga atau tahap satu juga dilaporkan di 17 kawasan Semenanjung Malaysia termasuk Perlis; Padang Terap, Sik, Baling, Kuala Muda, Pendang dan Kota Setar di Kedah serta Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang di Perak.

    Di Pahang, kesan suhu panas juga dirasai di Raub, Temerloh dan Bera manakala Hulu Selangor di Selangor dan keseluruhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

    Sementara suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga pula merujuk kepada suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

    MetMalaysia sebelum ini telah memberitahu bahawa Malaysia kini mengalami fasa terakhir Monsun Timur Laut yang biasanya membawa awan dan hujan yang kurang ke kawasan utara Semenanjung, menyebabkan cuaca lebih panas dan kering dari biasa.

    Selain itu, dengan fenomena El Nino yang kuat berlaku di seluruh dunia pada masa ini, MetMalaysia menganggarkan suhu maksimum harian di negara ini mungkin akan meningkat di kebanyakan tempat.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts