Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Poligami bukan ajaran PAS, bukan Islam tak payah campur'

    ‘Poligami bukan ajaran PAS, bukan Islam tak payah campur’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PARLIMEN l Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan wakil rakyat bukan Islam supaya tidak mencampuri urusan agama Islam khususnya mengenai isu poligami yang dibangkitkan di Dewan Rakyat semalam.

    Dia merujuk kepada hantaran di media sosial berkaitan poligami yang disentuh oleh ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin.

    Bagaimanapun hantaran itu kemudiannya telah dipadamkan.

    Jelas Tuan Ibrahim apa yang dibangkitkannya di Dewan Rakyat semalam bukanlah memberi fokus kepada isu poligami, sebaliknya menekankan soal lambat kahwin ataupun bujang senja dalam kalangan wanita.

    “Isu saya bangkitkan bukan (soal) poligami, tapi perananan kerajaan dalam menyelesaikan masalah rakyat yang dihadapi sebahagian besarnya golongan yang lambat kahwin, itu isunya.

    “Saya sebut poligami itu tiada kena mengena dengan jumlah tak kahwin, poligami saya sebut (dilihat) seolah satu jenayah, pada hal poligami dibenarkana oleh syarak, ini bukan isu ajaran PAS.

    “Beliau ni banyak campur tangan dalam isu melibatkan agama (Islam) saya harap pihak keselamatan kena ambil tindakan jangan biarkan orang macam ini membuat kenyataan yang menyinggung perasaan orang Islam.

    “Islam ini bukan soal PAS, ini peraturan agama sebenar dan kita tentang benda-benda yang mugkar, tak kiralah mungkar dari aspek mana,” katanya ketika ditemui di Parlimen, hari ini.

    Sim dalam hantaran di media sosial memerli ahli Parlimen PAS yang menentang konsert kumpulan antarabangsa termasuk Coldplay, namun bersetuju dalam soal poligami.

    Semalam, Tuan Ibrahim mencadangkan kepada kerajaan supaya memberikan sokongan moral kepada ‘bujang senja’ yang mampu untuk berpoligami.

    Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata amalan itu boleh menjadi “jalan keluar” kepada jutaan wanita yang masih belum berkahwin walaupun selepas umur 30 tahun.

    ALSO READ:  Parallel Pathway: KKM cadang pindaan Akta 50 disegerakan

    “Saya melahirkan kebimbangan dalam peningkatan rakyat Malaysia yang disebut istilah bujang senja, yang lambat kahwin,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2024 di peringkat jawatankuasa kementerian itu, di Dewan Rakyat.

    Mengulas lanjut Tuan Ibahim berkata tidak menjadi satu kesalahan menentang konsert yang boleh membawa kepada kemungkaran.

    Katanya, komen Sim di media sosial telah menimbulkan suasana tidak selesa dalam kalangan orang Islam di negara ini.

    “Jadi kita jelas tulisan beliau ini menggambarkan (serta), menimbulkan suasana sangat tidak selesa dalam kalangan orang Islam. Sebab yang dikomen bukan soal PAS, ini soal agama.

    “Sapa nak buat tak buat itu soal kedua, tapi ini (soal) agama. Saya fikir polis perlu bertindak,” katanya.

    Oleh itu pihak berkuasa termasuk polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta bertindak terhadap hantaran yahg telah dibuat ahli Parlimen PKR itu.

    “Kalau sebelun ini dia (pihak berkuasa) bertindak pada mana-mana pihak yng menulis menyinggung perasaan untuk diambil tindakan, saya fikri tak ada laporan (polis) pun dia boleh bertindak,” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts