Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis akan beli 13 laras sniper rifle.22 pada harga RM2.3 juta buat...

    Polis akan beli 13 laras sniper rifle.22 pada harga RM2.3 juta buat FRU

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bukit Aman akan menerima 13 laras senapang sniper rRifle.22 pada harga RM2.3 juta, yang menurut Ketua Polis Negara Razarudin Husain akan digunakan untuk melengkapkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

    Senjata itu adalah antara aset baru yang diperoleh, di bawah peruntukan yang diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri baru-baru ini.

    Dalam ucapannya sempena sambutan ulang tahun ke-68 FRU di Kuala Lumpur pagi tadi, Razarudin mengucapkan penghargaan pasukan itu kepada kementerian atas pembiayaan tersebut.

    Razarudin Husain

    “Perolehan kelengkapan keselamatan anti rusuhan iaitu sebanyak 1,000 unit protective armour body (PAB) dan 1,000 unit gas mask dengan kos RM10 juta; perolehan 13 laras sniper rifle.22 berjumlah RM 2.3 juta,” katanya.

    Selain peralatan perlindungan dan senapang, aset lain yang akan dibeli untuk unit FRU termasuk 10 van tempur pada harga RM3.6 juta; empat kenderaan float bonded truck untuk kegunaan Unit Berkuda (RM2.2 juta); 10 anjing rusuhan (RM900,000); dan penggantian 175 laras riot gun (RM2.8 juta).

    “Aset yang bakal diperoleh nanti akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga FRU untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik, insya-Allah,” kata Razarudin.

    Semasa majlis itu, ketua polis negara itu turut melancarkan kemudahan kem baharu FRU di Kuala Lumpur.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts