Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Sunday, July 7, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeNewsHeadlinesPolis akan rakam keterangan Mastura minggu depan

    Polis akan rakam keterangan Mastura minggu depan

    -

    Shopee CNY Sale

    Polis akan merekod kenyataan Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad pada minggu depan berhubung dakwaan kenyataan berbau fitnah terhadap Pengerusi DAP Lim Guan Eng.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain dipetik berkata keterangan Siti Mastura dijadual diambil pada Isnin (13 November 2023) depan.

    “Setakat ini kita sudah menerima empat laporan polis berhubung isu ini dan siasatan sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) JSJ Bukit Aman,” katanya, lapor Berita Harian.

    Shuhaily (gambar, bawah) turut memaklumkan ahli parlimen PAS itu disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan mengenai kenyataan yang membawa kepada mudarat awam, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mengenai penyalahgunaan kemudahan rangkaian.

    Sebelum ini, Ahli Parlimen Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid pada Khamis telah membuat laporan polis terhadap Mastura, berhubung kenyataan asalnya yang mendakwa Lim mempunyai kaitan dengan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Ong Boon Hua, yang lebih dikenali dengan nama Chin Peng dan perdana Menteri pertama Singapura Lee Kuan Yew.

    Walaupun berkali-kali diminta maklum balas, Mastura enggan menjelaskan atau memberikan bukti atas kenyataannya itu yang mendakwa bapa Guan Eng, Lim Kit Siang sebagai sepupu kepada Chin Peng dan Lee Kuan Yew.

    Dia juga mendakwa ahli parlimen Bagan itu mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemimpin DAP lain seperti setiausaha agung parti Anthony Loke, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham dan wakil rakyat Seputeh Teresa Kok.

    Lim pertama kali membangkitkan isu kenyataan Siti Mastura semasa sidang media di parlimen minggu lepas dan sejak itu telah memulakan tindakan undang-undang terhadapnya.

    ALSO READ:  Pembangkang bawa naratif sempit dengan isu poligami - Fadhlina

    Mastura pada asalnya membuat dakwaan itu ketika menyampaikan ceramah selama 46 minit kepada ahli sayap wanita muda PAS (Ameerah) dan Muslimat PAS Kemaman, menjelang pilihan raya kecil di kawasan parlimen itu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts