Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Sunday, July 7, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeNewsHeadlinesPolis ambil keterangan individu tinggal bagasi berisi wang tunai RM500,000

    Polis ambil keterangan individu tinggal bagasi berisi wang tunai RM500,000

    -

    Shopee CNY Sale

    Polis telah mengambil keterangan seorang lelaki berkaitan penemuan bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah di Damansara, Petaling Jaya pada 19 Mac lepas.

    Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata lelaki itu dikenal pasti menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan sebagai individu yang meletakkan bagasi itu di lokasi itu.

    “Berdasarkan keterangan lelaki itu kami percaya dia merupakan individu yang membawa dan tinggalkan bagasi berisi wang itu di parkir pusat beli-belah berkenaan.

    “Namun setakat ini, kita belum dapat memastikan motif dia berbuat demikian,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri dan Majlis Berbuka Puasa bersama Petugas-Petugas Polis dan Konsesi Lebuhraya di Shah Alam hari ini.

    Hussein berkata lelaki itu bukanlah individu yang mengaku pengarah sebuah syarikat teknologi maklumat dan mendakwa wang terbabit adalah miliknya sebagaimana dilaporkan sebelum ini.

    Beliau berkata polis bagaimanapun tidak menolak kemungkinan lelaki berkenaan adalah orang dari syarikat yang sama dengan pengarah itu.

    Menurut Hussein pemeriksaan lanjut terhadap bagasi berkenaan telah menemukan tujuh cap jari dan pihaknya sedang melakukan siasatan lanjut berhubung pemilik identiti itu.

    “Kita sedang siapkan kertas siasatan sebelum dibawa ke pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

    Terdahulu, Hussein dilaporkan berkata polis akan memanggil tiga lagi saksi bagi membantu siasatan kes berkenaan yang merupakan rakan kepada pengarah syarikat terbabit selepas sambutan Aidilfitri.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts