Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis ambil keterangan Mahathir lebih sejam

    Polis ambil keterangan Mahathir lebih sejam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pihak polis mengambil keterangan bekas perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad lebih sejam di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, hari ini.

    Ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang mendakwa masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana mereka masih ‘terikat’ dengan negara asal mereka.

    “Saya diberitahu bahawa ada 18 orang membuat laporan polis terhadap temubual saya sebuah TV di India. 18 orang bukan buat surat akuan bersumpah, Mereka cakap sahaja dengan polis, maka saya disiasat, saya kena buat keterangan.

    “Jadi, ‘Tun’ ini lebih teruk lagi, tak boleh cakap apa pun. Jadi, saya nak tahu sama ada saya boleh cakap atau tidak.

    “Dalam negara ini kita kata kita bebas. Kenyataan saya dalam temubual itu cuma pandangan saya,” katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan kepada polis bermula 3 petang.

    Katanya, dia ditanya sebanyak 19 soalan dalam sesi merakam keterangan tersebut.

    “Ada soalan yang ditanya saya jawab. Yang lanjut saya akan jawab di mahkamah.

    “Sebab, kalau kita cakap semua dengan polis nanti orang ramai tak tahu apa kita cakap.

    “Sepatutnya, orang ramai perlu tahu apa yang kita cakap. Jadi, saya akan jawab semuanya di mahkamah,” katanya.

    Baru-baru ini, bercakap dalam temu bual eksklusif secara dalam talian dengan saluran TV satelit India, Thanthi TV, Mahathir berkata seseorang itu harus dikenali sebagai orang Melayu untuk berhak untuk menganggap Malaysia sebagai negara sendiri.

    “Orang India Malaysia tidak bercakap bahasa Melayu sebagai bahasa asal mereka, mereka bercakap Tamil,” katanya ketika hos bertanya jika seseorang itu tidak boleh kekal setia kepada negara didiami sambil komited terhadap asal usul mereka.

    ALSO READ:  Sekolah agama asrama di Perak tidak dibenar guna botol, bungkusan plastik

    Mahathir kemudian berkata menjadi “masalah” apabila “pendatang” (merujuk kepada kaum India dan Cina) menganggap Malaysia sebagai negara sendiri tetapi pada masa sama terus mengamalkan budaya dan adat mereka sendiri.

    Apabila hos program itu bertanya sama ada Mahathir menjangkakan orang bukan Melayu “berasimilasi sepenuhnya” menjadi orang Melayu atau tidak, Mahathir menjawab dengan tegas: “Ya… mereka sepatutnya begitu; dahulu kami ada orang India, Pakistan, Arab, dan Afrika, yang kini Melayu, dalam maksud mereka berbahasa Melayu di rumah, budaya mereka adalah Melayu.”

    Hos kemudian bertanya jika Mahathir mengharapkan semua kaum di Malaysia dikenali sebagai Melayu dan bukannya rakyat Malaysia.

    “Sepatutnya begitu,” kata ahli politik yang pernah menjadi perdana Menteri sebanyak dua kali itu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts