Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis ambil keterangan pemandu kereta Menteri ekori rapat ambulans

    Polis ambil keterangan pemandu kereta Menteri ekori rapat ambulans

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis telah mengambil keterangan pemandu kenderaan rasmi Menteri yang mengekori rapat ambulans yang dalam kecemasan di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) antara Simpang Pulai menghala ke Tapah, pada 3 Feb lepas.

    Insiden yang berlaku sewaktu kejadian kemalangan berkenaan tular di media sosial dan menjadi perhatian orang ramai.

    Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata satu laporan polis telah dibuat bagi menyiasat kejadian terbabit pada hari yang sama.

    “Siasatan awal mendapati pemandu terbabit memang bekerja dengan seorang Menteri dan bersama Menteri yang dalam perjalanan ke satu program kebajikan di Rumah Pangsa Jalan Silang, Ipoh.

    “Namun, difahamkan Menteri terbabit tidak sempat menghadiri program itu kerana kesesakan yang berlaku dan kita telah ambil keterangan daripada pemandu terbabit hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Mohd Yusri menambah pihaknya juga memanggil saksi awam yang lain bagi membantu siasatan termasuk mendapatkan rakaman kamera litar tertutup pihak PLUS dan rakaman papan pemuka ambulans bagi melengkapkan siasatan.

    Menurutnya kes disiasat di bawah Peraturan 9 (2), Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

    Terdahulu Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan berhubung insiden tersebut.

    Dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan termasuk tiga treler di laluan PLUS antara Gopeng-Simpang Pulai yang berlaku di Kilometer 288.1 pada 3 Feb lepas, aliran trafik kenderaan dilaporkan sesak lebih lapan jam malah langsung terhenti hampir enam jam.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts