Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis antara 4 individu didakwa culik wartawan Bangladesh

    Polis antara 4 individu didakwa culik wartawan Bangladesh

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang anggota polis dan tiga orang awam yang disyaki menculik seorang wartawan warga Bangladesh telah dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Selangor pada 22 Nov lepas.

    Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata dua orang awam yang dituduh merupakan rakyat tempatan manakala seorang lagi merupakan warga Bangladesh.

    “Susulan itu, pihak polis sudah membuat lapan tangkapan dan daripada empat dituduh merupakan seorang anggota polis,” katanya.

    Keempat-empat suspek dituduh mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan, katanya kepada pemberita selepas Program Refresh Session Go to Safety Point (GTSP) di Petronas Solaris, di Serdang, Selangor hari ini.

    Pada 7 Nov lepas, seorang wartawan warga Bangladesh mendakwa diculik dan diseksa selama tiga hari oleh beberapa lelaki tempatan yang mengaku anggota polis di sebuah rumah di Klang, Selangor.

    Lelaki berusia 30-an yang enggan dikenali itu berkata sepanjang tempoh itu, dia dipukul, dirotan, diterajang di perut dan dikelar pada bahagian tangan oleh kumpulan lelaki berkenaan yang meminta wang berjumlah RM1.9 juta daripadanya, jika mahu dilepaskan.

    Mengenai perkembangan kes pergaduhan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 25 Nov lepas, dia berkata sembilan suspek telah dituduh di Mahkamah Petaling Jaya hari ini manakala selebihnya dibebaskan dengan jaminan polis.

    “Pada Ahad lepas, polis menahan 23 individu dan kita sedang mengesan dua lagi suspek yang dikehendaki,” katanya.

    Terdahulu, Hussein dalam ucapannya pada majlis itu berkata GTSP merupakan inisiatif kerajaan supaya orang ramai boleh mendapat bantuan awal ketika situasi kecemasan.

    “Stesen minyak adalah tempat strategik yang mana orang awam boleh pergi pada bila-bila masa dan kebanyakannya dibuka 24 jam,” katanya.

    Dia berkata perananan dan tanggungjawab pengusaha atau pemilik stesen minyak GTSP adalah untuk menyediakan tempat rehat kepada mangsa, menenangkan dan memberi rawatan awal (jika berlaku kemalangan).

    ALSO READ:  Tiada seorang pun MP pembangkang hadir persidangan hari ini

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts