Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis: Belum ada permohonan permit Himpunan Selamatkan M'sia

    Polis: Belum ada permohonan permit Himpunan Selamatkan M’sia

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Polis masih belum menerima sebarang permohonan berhubung penganjuran “Perhimpunan Selamatkan Malaysia” yang dirancang diadakan di ibu negara, Sabtu ini, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid.

    Beliau berkata mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012, permohonan permit perlu dibuat sekurang-kurangnya lima hari sebelum tarikh ia diadakan dan kegagalan berbuat demikian adalah menyalahi undang-undang.

    “Tempoh itu telah pun berakhir namun masih belum ada sebarang permohonan dibuat penganjur,” katanya pada sidang media Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur Fasa 2, di Kuala Lumpur, hari ini.

    Allaudeen berkata setakat ini, pihaknya menerima enam laporan polis berhubung perhimpunan anjuran Pemuda Perikatan Nasional (PN) itu dengan lima individu telah dirakam keterangan termasuk Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari dan Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

    “Tiga lagi ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia (Muhammad Hilman Idham) dan dua wartawan yang membuat liputan sewaktu sidang media Ahmad Fadhli mengenai perhimpunan itu.

    “Seorang lagi individu diminta hadir memberi keterangan untuk membantu siasatan polis,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts