Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis buru suspek bakar kereta kontraktor di Damansara

    Polis buru suspek bakar kereta kontraktor di Damansara

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis sedang mengesan dua individu disyaki terlibat melakukan  perbuatan khianat dengan membakar sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Seroja, Kampung Sungai Kayu, Damansara, PJ, tengah malam Ahad lepas.

    Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Jaafar berkata berdasarkan semakan kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendapati perbuatan itu dilakukan oleh dua individu.

    “Terdapat dua individu menaiki motosikal berhenti di bahagian hadapan kereta berkenaan pada 12.26 tengah malam dan terus menuang cecair disyaki petrol untuk membakar kereta itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Beliau berkata pemilik kenderaan berkenaan seorang lelaki berusia 56 tahun dan bekerja sebagai kontraktor memaklumkan dia tidak pernah bermusuh dengan sesiapa serta tidak mengesyaki mana-mana pihak yang bertanggungjawab melakukan khianat itu.

    Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan hendaklah dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts