Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Saturday, July 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeNewsHeadlinesPolis buru suspek baling bom molotov ke rumah Ngeh

    Polis buru suspek baling bom molotov ke rumah Ngeh

    -

    Shopee CNY Sale

    Polis sedang giat mengesan individu yang disyaki melontar molotov cocktail ke rumah Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham di Ayer Tawar dekat Ipoh awal pagi tadi, sehingga menyebabkan sebuah kenderaan terbakar.

    Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata polis Manjung telah menerima panggilan dari Ngeh sendiri yang memaklumkan insiden itu pada pukul 2.55 pagi tadi.

    Katanya kejadian itu menyebabkan sebuah kereta Mercedes Benz terbakar, manakala sebuah kereta Honda CR-V terjejas sedikit pada bahagian belakang serta kanannya akibat bahang kebakaran, dan sebuah Toyota Hilux turut terjejas pada bahagian hadapannya.

    Dalam kenyataan di sini pagi ini beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan (khianat dengan api).

    Mohd Yusri seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu supaya menyalurkannya kepada pegawai penyiasat ASP Mohd Azalan Ab Karim dengan menelefon 019-3927837 bagi membantu siasatan.

    Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

    Terdahulu Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dalam kenyataan hari ini berkata DAP meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil perhatian serius terhadap kejadian itu, di samping perlu memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terjaga.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts