Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Sunday, July 7, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeNewsHeadlinesPolis cekup individu didakwa promosi Israel

    Polis cekup individu didakwa promosi Israel

    -

    Shopee CNY Sale

    Polis telah menangkap seorang individu yang didakwa mempromosikan hubungan Malaysia dan Israel, maklum Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain.

    “Permohonan reman selama tiga hari bermula 6 Disember 2023 hingga 8 Disember 2023 telah dibenarkan oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

    Mohd Shuhaily berkata Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Undang-Undang/Pendakwaan (D5), JSJ Bukit Aman menjalankan siasatan kes tersebut.

    “Siasatan mendapati kenyataan (individu) itu dibuat dalam satu temubual bersama pempengaruh media sosial Israel bernama Hananya Naftali yang kemudian telah dimuat naik dalam laman Tiktok,” katanya lagi.

    Menurut Shuhaily, suspek disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan atas penyebaran berita yang mampu menimbulkan ketakutan atau kegentaran kepada awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan perkhidmatan rangkaian.

    Kelmarin, tular di platform X, Facebook serta Youtube video temu bual individu itu bersama pempengaruh dari Israel itu.

    Semakan Malaysiakini mendapati video itu kali pertama dimuat naik dalam talian di You Tube pada 17 Disember 2021 sebelum dikongsi semula di platform X Naftali semalam.

    Dalam temu bual dengan pempengaruh Israel itu, individu itu yang mendakwa pernah tinggal di Johor Bahru berkata masyarakat Arab selama ini merosakkan pemikiran rakyat Malaysia terhadap Israel dan kegiatan Arab radikal sangat aktif di Malaysia.

    Dalam video itu juga kelihatan bendera Israel dikibarkan di sebelah Jalur Gemilang dalam biliknya sewaktu rakaman itu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts