Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis cekup pemandu lori lari sekatan jalan, dikejar 50km

    Polis cekup pemandu lori lari sekatan jalan, dikejar 50km

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang pemandu lori yang telah lari daripada sekatan jalan raya dan dikejar sejauh 50 kilometer, telah diberkas polis semalam, kata Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook.

    Beliau berkata pada kejadian itu polis terpaksa melepaskan 10 das tembakan di bahagian tayar lori yang dipandu lelaki 21 tahun itu, di kilometer 9 Jalan Bahau-Kemayan.

    “Ketika kejadian, sebuah lori yang dipandu suspek secara tiba-tiba membuat pusingan U di garisan berkembar, hingga menyebabkan berlaku kemalangan dengan sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki berumur 40 tahun.

    “Pemandu itu juga telah memandu secara merbahaya dan beberapa kali menghimpit motosikal ditunggang seorang anggota polis trafik ke laluan bertentangan dan hampir melanggar anggota tersebut serta pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam kenyataan di Jempol hari ini.

    Hoo berkata anggota polis tersebut, terpaksa melepaskan das tembakan di bahagian tayar lori itu supaya suspek memberhentikan kenderaan tersebut.

    “Suspek terus melarikan diri dalam keadaan tayar pecah. Bagaimanapun dengan bantuan kereta peronda MPV, lelaki itu ditangkap didalam kawasan ladang sawit,” katanya.

    Beliau berkata suspek dibawa ke IPD Jempol bagi siasatan lanjut, dan dapati positif Methamphetamine dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts