Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis cuba alih isu sebenar dalam soal siasat Azmin, kata peguam

    Polis cuba alih isu sebenar dalam soal siasat Azmin, kata peguam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Peguam Azmin Ali mendakwa polis seolah-olah cuba untuk mengalihkan isu yang sebenar berhubung arahan menghadirkan diri kepada Adun Hulu Kelang untuk disoal siasat.

    Dalam satu kenyataan hari ini, Sasha Lyna Abdul Latif berkata dia dimaklumkan semasa beberapa sesi perbincangan dengan pegawai penyiasat kes itu bahawa Azmin dipanggil berhubung kenyataan dan atau pengataannya semasa di sidang Dewan Undangan Negeri Selangor.

    Azmin Ali

    “Saya mengesahkan yang ini adalah satu maklumat salah yang telah diberikan oleh Ketua Polis Selangor (Hussein Omar Khan), dalam percubaan beliau dan juga pihak polis untuk mengelak daripada kritikan-kritikan yang telah diberikan terhadap polis kerana melanggar hak keistimewaan ahli Dewan Undangan Negeri. 

    “Pegawai penyiasat yang mengendalikan laporan tersebut telah berhubung dengan pegawai Azmin dan juga saya sebelum mengeluarkan Notis dibawah Seksyen 111 tersebut. Notis tersebut telah menyatakan yang masa dan tarikh kejadian seperti di dalam Laporan adalah pada 28.2.2024 jam 3.30 petang dan tempat kejadian adalah di Dewan Undangan Negeri Selangor. 

    “Ini adalah fakta yang tidak dapat disangkal,” kata Sasha Lyna, yang juga adalah timbalan pengerusi Biro Perundangan dan Perlembagaan Bersatu.

    Hussein Omar Khan (tengah)

    Dia mengulas kenyataan Hussein semalam yang mendakwa bahawa Azmin dipanggil untuk memberikan kenyataan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah, bagi memudahkan siasatan mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan pendedahan maklumat.

    Hussein menjelaskan bahawa siasatan dimulakan berikutan laporan polis yang difailkan pada 14 Mac oleh pegawai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), yang mendakwa dokumen sulit perbadanan itu telah dibocorkan.

    “Pegawai itu mendakwa beberapa maklumat tidak tepat telah didedahkan kepada umum sehingga berpotensi mencemarkan imej dan nama baik PKNS.

    ALSO READ:  K'jaan Madani berjaya buktikan mampu bersatu, fokus pada rakyat - Fahmi

    “Kehadiran Azmin adalah untuk memudahkan siasatan berhubung kebocoran dokumen itu dan tidak berkaitan dengan perkara yang dibangkitkan dalam dewan undangan Negeri pada 28 Feb,” kata Hussein.

    Sasha Lyna dalam kenyataannya juga mempersoalkan mengapa kenyataan Hussein itu bercanggah dengan notis polis yang dikeluarkan untuk memanggil Azmin.

    “Polis seolah-olah cuba untuk mengalihkan isu yang sebenar setelah menerima kritikan keras terhadap tindakan mereka.

    “Demi mengangkat keluhuruan dan kekebalan serta keistimewaan yang telah diberikan kepada setiap ahli Parlimen dan juga Adun, di samping melindungi ahli-ahli tersebut daripada sebarang intimidasi yang boleh menyekat kewajipan mereka dalam menjalankan tanggungjawab mereka demi menyuarakan isu-isu negara dan rakyat, Azmin telah memfailkan permohonan untuk menyemak notis tersebut.

    “Adalah satu prinsip demokrasi bahawa seorang Adun  adalah dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan dan juga Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 berkenaan apa-apa kenyataan dan / atau pengataan yang dibuat olehnya semasa sidang dewan,” katanya.

    Sasha Lyna seterusnya menggesa polis, kerajaan Negeri dan pusat supaya menghentikan semua siasatan dan gangguan terhadap Azmin dan ahli pembangkang lain berhubung kenyataan yang dibuat atau dokumen yang didedahkan di dewan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts