Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis giat kesan tahanan lolos di Bidor

    Polis giat kesan tahanan lolos di Bidor

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis sedang menjalankan usaha mengesan pendatang tanpa izin yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor di Perak dengan menumpukan pencarian dalam radius kawasan sekitar depot tersebut.

    Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya percaya tahanan berusia antara 17 hingga 35 tahun itu masih berada di kawasan sekitar berikutan mereka lari dalam keadaan sehelai sepinggang tanpa membawa wang, keperluan diri dan makanan.

    “Kami percaya dalam keadaan mereka itu dengan penglibatan pelbagai agensi, kami akan dapat menahan mereka semula dan perkembangan mengenai maklumat tangkapan akan diberikan,” katanya ketika ditemui pemberita di luar depot itu hari ini.

    Beliau berkata operasi pencarian disertai Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, Jabatan Imigresen dan bantuan dari Pasukan Gerakan Udara Bukit Aman.

    Menurutnya pemeriksaan ketat turut dilaksanakan menerusi sekatan jalan yang didirikan di kawasan sekitar Tapah dan daerah berhampiran iaitu Kampar serta Muallim.

    Mohd Yusri berkata siasatan awal mendapati sebelum kejadian, kesemua tahanan berkenaan melakukan rusuhan dengan memecahkan pagar serta kawat duri di depot tahanan, lalu melarikan diri.

    Katanya punca rusuhan masih dalam siasatan dan laporan terperinci akan diumumkan oleh Ketua Pengarah Imigresen.

    Beliau juga meminta orang ramai yang melihat individu atau kumpulan etnik Rohingya itu di kawasan sekitar depot termasuk dalam ladang kelapa sawit, lebuh raya berhampiran, hutan, kawasan perumahan mahupun tempat awam supaya menyalurkan maklumat kepada balai polis berdekatan.

    “Orang ramai dinasihatkan supaya tidak bersekongkol atau bersimpati kepada pelarian ini kerana boleh didakwa kerana bersubahat,” katanya.

    Dalam pada itu, Mohd Yusri menafikan berita tular di media sosial yang mendakwa terdapat 13 orang etnik Rohingya meninggal dunia dalam kemalangan maut di KM335 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Tapah selepas kejadian.

    ALSO READ:  Jumlah pelancong meningkat: Jangan ambil kesempatan naikkan harga - Tiong

    “Hanya seorang sahaja (tahanan yang lolos) meninggal dunia dalam kemalangan itu (di KM335 Lebuhraya Utara Selatan arah utara). Polis ingin menasihati orang ramai supaya berhenti menyebarkan perkara tidak benar dan maklumat palsu,” katanya.

    Terdahulu, Ketua Polis Daerah Tapah Supt Mohd Naim Asnawi dilaporkan berkata daripada jumlah itu, 115 orang merupakan etnik Rohingya, manakala 16 lagi warga Myanmar.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts