Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis guna dron cari petunjuk baru kes bunuh Zayn Rayyan

    Polis guna dron cari petunjuk baru kes bunuh Zayn Rayyan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pasukan penyiasat kes kematian kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, menggunakan dron di sekitar kawasan aliran anak sungai dan belukar di belakang Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai, di Petaling Jaya bagi mencari petunjuk baharu kes itu.

    Pemantauan Bernama di lokasi kejadian mendapati, pasukan khas berkenaan tiba di lokasi kejadian kira-kira 5 petang sebelum menerbangkan dron untuk mengenal pasti laluan keluar masuk yang digunakan oleh suspek untuk membuang mayat kanak-kanak berusia enam tahun itu.

    Selain itu, pasukan penyiasat dilihat turut melakukan rondaan di sekitar kawasan penemuan mayat dan menemu bual beberapa penduduk.

    Walaupun keadaan cuaca yang tidak menentu, lokasi kejadian terus menjadi tumpuan media yang berkampung sejak pagi tadi bagi mengetahui dan melaporkan perkembangan terbaharu berhubung kes bunuh yang menyayat hati itu.

    Pagi tadi, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Fakhrudin Abd Hamid turut meninjau kawasan kejadian dan memaklumkan pihaknya telah mengambil keterangan kali kedua daripada ibu bapa semalam, selain keterangan penjaga dan individu pertama yang menjumpai mayat Zayn Rayyan.

    Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas hasil bezah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh mangsa, dipercayai mempunyai kaitan dengan perbuatan jenayah.

    Mayat kanak-kanak malang itu ditemukan terbaring berhampiran aliran sungai yang terletak pada jarak hampir 200 meter dari blok kediamannya di apartmen berkenaan, Rabu lepas.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts