Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis Johor tahan lelaki warga asing pecah cermin kereta di lebuh raya

    Polis Johor tahan lelaki warga asing pecah cermin kereta di lebuh raya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis Johor telah menahan seorang lelaki warga asing untuk membantu siasatan kes perbuatan khianat memecahkan cermin sebuah kenderaan di Kilometer 139.6 Lebuhraya Utara Selatan arah utara pada Sabtu lepas.

    Ketua Polis Johor CP M Kumar menyatakan bahawa seorang lelaki berusia lingkungan 40-an itu telah ditahan kira-kira jam 3.30 pagi tadi di kawasan Genting Highlands oleh sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah. Mereka turut merampas sebuah kenderaan semasa penahanan tersebut.

    “Lelaki terbabit akan direman selama tiga hari bermula hari ini (semalam). Siasatan kes ini akan dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

    Sebelum ini, polis sedang mengesan seorang pemandu kereta jenis Mitsubishi Lancer yang disyaki terlibat dengan perbuatan khianat memecahkan cermin sebuah kenderaan di Kilometer 139.6 Lebuhraya Utara Selatan arah utara pada Sabtu lepas.

    Laporan kejadian berkenaan telah diterima oleh polis pada 2.36 petang pada hari yang sama selepas video tular berdurasi 54 saat yang dikongsikan pemilik akaun Facebook Apple Kenzo.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts