Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis kenal pasti 31 kawasan 'blackspot' kemalangan di Johor

    Polis kenal pasti 31 kawasan ‘blackspot’ kemalangan di Johor

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis mengenal pasti 48 kawasan ‘hotspot’ dan 31 kawasan ‘blackspot’ berlakunya kemalangan di Johor terutama ketika musim perayaan ini.

    Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata pihaknya akan menempatkan 1,730 pegawai dan anggota trafik bagi melakukan pemantauan di jalan-jalan utama seluruh Negeri.

    “Kita telah kenal pasti kawasan hotspot (kawasan kerap berlaku kemalangan) dan kawasan blackspot (kawasan berlaku kemalangan maut) di Negeri ini.

    “Kita akan tempatkan anggota polis trafik di kawasan titik panas berkenaan yang dijangkakan berlaku peningkatan kenderaan,” katanya secara langsung melalui laman Facebook rasmi Polis Johor selepas Program Advokasi Polis Diraja Malaysia bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sempena Op Selamat 22/2024 Aidilfitri semalam.

    Beliau berkata pihaknya turut menjangkakan peningkatan kenderaan memasuki Negeri ini, termasuk dari Singapura dengan lebih 300,000 sehari bermula hari ini melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Bangunan Sultan Iskandar, di Johor Bahru dan Kompleks Sultan Abu Bakar, Iskandar Puteri.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts