Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis kenal pasti seorang dari tiga suspek tembak anggota APMM

    Polis kenal pasti seorang dari tiga suspek tembak anggota APMM

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis sudah mengenal pasti seorang daripada tiga suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tembak dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ketika operasi rondaan Op Khas Pagar Laut dijalankan di perairan Kunak pada 8.30 pagi semalam.

    Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata buat masa ini, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti suspek lain yang turut terlibat, namun warganegara suspek masih belum boleh didedahkan.

    Beliau berkata seorang daripada dua anggota yang cedera itu sudah menjalani pembezahan mata susulan kejadian itu bagi mengeluarkan peluru dan kini berada dalam keadaan stabil.

    “Di sini saya ingatkan kita nampak ini sebagai satu kes rompakan laut pada musim perayaan, ada yang nak balik dari Kunak ke Semporna menaiki bot, perompak ini ambil kesempatan rompak bot yang ada di laut,” katanya.

    Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di hari ini.

    Razarudin berkata Pasukan Polis Marin sudah diarahkan untuk membuat rondaan dengan lebih kerap ekoran kejadian itu bagi memastikan ia tidak berulang.

    “Setakat ini, siasatan kita (polis) memang nampak dia (perompak) ambil peluang untuk merompak.

    “Ini bukan trend perayaan, memang kebetulan dia rompak (pada) hari itu,” katanya.

    Terdahulu, Pengarah Maritim Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Laksamana Pertama (M) Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata ketika kejadian, anggota APMM melihat sebuah bot yang mencurigakan berada di perairan itu sebelum cuba untuk menghampiri bot berkenaan.

    Bagaimanapun, menurut beliau semasa anggota menghampiri bot berwarna biru itu, tiga suspek yang dipercayai berada di dalam bot berkenaan telah melepaskan tembakan ke arah anggota APMM.

    ALSO READ:  Teresa gesa Teo Kok Seong disiasat berhubung kenyataan ke atas sekolah Cina

    Beliau berkata bot terbabit kemudian memecut ke arah perairan negara dan anggota yang cedera telah dibawa ke Hospital Kunak untuk rawatan lanjut.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts