Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis kesan kumpulan merusuh di lokasi kemalangan

    Polis kesan kumpulan merusuh di lokasi kemalangan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis telah mengesan sekumpulan lelaki yang disyaki terlibat dalam insiden merusuh, menolak, dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis serta memukul orang awam di lokasi kemalangan maut di kilometer 127 Jalan Kuala Lumpur – Kuantan, semalam. Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mazlan Hassan menyatakan bahawa seorang suspek berumur 42 tahun telah ditahan yang mempunyai rekod lampau seperti rompak berkumpulan, mencuri dan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

    Beliau mengesahkan bahawa tiga lelaki dikesan terlibat dalam menolak serta menghambur kata-kata kesat terhadap seorang anggota polis berpangkat sarjan yang ditugaskan ke tempat kejadian. Manakala seorang lelaki pula mendakwa dipukul lima individu kerana merakam kejadian yang menimpa anggota polis tersebut.

    “Suspek dipercayai bertindak sedemikian terhadap anggota polis yang berpakaian seragam disebabkan tidak berpuas hati dan beranggapan anggota itu tidak memberi bantuan kepada mangsa kemalangan, walaupun tindakan yang diambil oleh anggota terbabit adalah sewajarnya. Orang awam yang mendakwa dipukul lima lelaki itu merupakan seorang pengawal keselamatan yang kebetulan berada di lokasi kejadian. Insiden itu menyebabkan dia cedera di kening selain semua cermin keretanya dipecahkan,” katanya dalam kenyataan di Temerloh hari ini.

    Mazlan juga mengesahkan bahawa kekecohan itu bermula selepas sekumpulan individu yang dikatakan ahli keluarga dan rakan kepada seorang remaja lelaki berusia 20 tahun yang maut dalam kemalangan itu tiba di lokasi kejadian. Mangsa yang bekerja di kedai besi buruk disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan yang teruk di kepala dan kaki kanannya selepas motosikalnya didakwa melanggar sisi sebuah kereta Perodua Myvi yang sedang membuat pusingan U di laluan garisan berkembar.

    Pemandu kereta berusia 75 tahun itu, bagaimanapun tidak mengalami cedera dan siasatan lanjut berkaitan kemalangan sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    ALSO READ:  Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dirujuk ke hospital bahagia Tg Rambutan

    Siasatan juga sedang dijalankan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan (KK) iaitu menggunakan kekerasan jenayah bagi menakut-nakutkan penjawat awam menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang dan Seksyen 148 KK iaitu merusuh serta Seksyen 427 kanun sama kerana melakukan khianat.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts