Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, October 7, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis kesan lelaki pukul pemandu e-hailing di George Town

    Polis kesan lelaki pukul pemandu e-hailing di George Town

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis sedang giat mengesan seorang lelaki yang bertindak memukul pemandu e-hailing sehingga menyebakan mangsa cedera dalam kejadian di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Datuk Keramat di George Town, Pulau Pinang kelmarin.

    Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata dalam kejadian jam 6.20 pagi itu, mangsa berusia 30-an tersebut mendapat tempahan untuk mengambil suspek yang juga pelanggan e-hailing bersama dua lagi wanita.

    “Sebaik tiba di lokasi, suspek membuka pintu belakang kereta Perodua Ativa dipandu mangsa sebelum lelaki itu terbau alkohol sangat kuat dan seperti enggan masuk ke dalam kenderaan.

    “Pemandu e-hailing itu memberitahu akan membatalkan tempahan sekiranya lelaki tersebut masih enggan menaiki kenderaan sebelum tiba-tiba suspek bertindak memukul mangsa berkali-kali dan mengoyakkan bajunya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

    Beliau berkata bagi mempertahankan diri, pemandu e-hailing itu bertindak menyembur serbuk lada ke arah suspek sebelum terus membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

    Katanya mangsa mengalami kecederaan pada bahu, leher, dada dan sakit di bahagian muka serta polis kini giat mengesan suspek dipercayai berusia 30-an dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,235FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts