Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Sunday, June 30, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeNewsHeadlinesPolis kesan tiga lagi individu dalam demo anti-Zahid

    Polis kesan tiga lagi individu dalam demo anti-Zahid

    -

    Shopee CNY Sale
    Polis sedang mengesan tiga lagi individu bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan tanpa permit di ibu kota pada Sabtu lepas. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata polis sehingga kini masih gagal menghubungi ketiga-tiga individu berkenaan untuk tampil memberi keterangan. Allaudeen Abdul Majid.

    Katanya setakat ini, seramai 16 daripada 28 individu yang dikenal pasti terlibat dalam perhimpunan itu telah dirakam keterangan manakala selebihnya, tidak termasuk tiga individu yang masih dikesan itu, akan dirakam keterangan dalam masa terdekat. “Bagi tiga individu yang masih gagal dikesan ini pihak polis akan keluarkan nama mereka dalam masa terdekat jika mereka masih lagi belum tampil untuk membantu siasatan dan kami yakin kertas siasatan akan dapat dilengkapkan pada minggu ini juga,” katanya.

    Allaudeen berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan agensi itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.

    Pada Sabtu lepas, perhimpunan yang disertai kira-kira 800 peserta anjuran Pemuda Perikatan Nasional itu disahkan tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

    Sementara itu, Allaudeen dalam ucapannya pada perhimpunan itu berkata indeks jenayah bagi lapan bulan pertama tahun ini mencatatkan penurunan sebanyak 10.3 peratus atau 344 kes berbanding tahun lepas sebanyak 3,349 kes.

    Beliau berkata jenayah kekerasan turut mencatatkan penurunan sebanyak 115 kes berbanding 738 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas. “Daripada Januari hingga 31 Ogos (tahun) ini, polis telah merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM53.3 juta dan menahan seramai 9,765 individu atas pelbagai kesalahan dadah serta jenayah,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,434FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts