Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis kesan waris mayat wanita tanpa identiti di Teluk Intan

    Polis kesan waris mayat wanita tanpa identiti di Teluk Intan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis sedang mengesan waris mayat seorang wanita tanpa identiti yang ditemui terdampar di tebing Sungai Kinta berhampiran Jeti Matang Pelanduk, di Teluk Intan, bulan lepas, dipercayai dibunuh.

    Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah berkata pihaknya menerima maklumat kira-kira 10.30 malam pada 24 Jan mengenai penemuan mayat wanita berkenaan.

    “Identiti dan bangsa mayat yang ditemui tanpa pakaian belum dikenal pasti dan mayat ditemui dalam keadaan tidak sempurna.

    “Wanita itu dianggarkan berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun, badan berisi, mempunyai ketuat pada kelopak mata kiri, lubang anting-anting pada kedua-dua belah telinga, beberapa gigi belakang sudah tiada dan mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 135 sentimeter,” katanya dalam kenyataan.

    Hafezul Helmi berkata hasil bezah siasat yang dijalankan di Hospital Teuk Intan mendapati punca kematian disebabkan oleh pelbagai kecederaan tumpul pada tubuh badan mangsa.

    Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu atau orang hilang boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes ASP Hamzanni Adul Ghani di talian 019-5732880.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts