Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis pandang serius pemandu bas hisap rokok sambil isi minyak

    Polis pandang serius pemandu bas hisap rokok sambil isi minyak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis sangat serius mengenai tindakan seorang pemandu bas persiaran yang mengisi minyak sambil merokok di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, Behrang yang tular menerusi sebuah video semalam.

    Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd Hasni Mohd Nasir berkata semakan pihaknya mendapati insiden itu berlaku pada Ahad lepas.

    “Pemilik stesen minyak telah membuat aduan terus kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang bertanggungjawab bagi mengambil tindakan atas perbuatan yang dilakukan oleh pengguna tersebut,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

    Beliau menyatakan bahawa kesalahan yang dilakukan boleh diambil tindakan mengikut Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM10,000 jika sabit kesalahan.

    Justeru, pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak merokok di kawasan larangan terutama stesen minyak yang boleh menyebabkan kecederaan, bencana dan membahayakan nyawa orang ramai.

    Terdahulu, video berdurasi 57 saat memaparkan lelaki menghisap rokok sambil mengisi minyak telah tular dan rata-rata warganet meninggalkan komen negatif kerana bimbang akan berlaku perkara tidak diingini akibat perlakuan itu.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts