Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis panggil Tamrin untuk soal siasat

    Polis panggil Tamrin untuk soal siasat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tamrin Abdul Ghafar, anak bekas timbalan perdana Menteri akan disoal siasat polis Selasa depan berhubung catatan blognya yang meramalkan penguasaan DAP terhadap politik Malaysia pada masa hadapan.

    “Tamrin dijadual memberikan keterangannya kepada polis pada 16 April jam 10.30 pagi,” kata peguam Tamrin Rafique Rashid Ali kepada Free Malaysia Today.

    Tamrin merupakan anak kepada Allahyarham Abdul Ghafar Baba.

    Dalam catatan blog Tamrin bertarikh 4 April, dia berkata semua orang Melayu dan raja-raja Melayu mesti sedar bahawa malapetaka akan menimpa mereka jika DAP mengambil alih.

    Hantaran Tamrin bertajuk ‘10 tahun lagi DAP akan jadi tuan’ itu menyatakan DAP mempunyai blok terbesar ahli parlimen dalam kerajaan persekutuan hari ini dengan 42 kerusinya.

    “Bolehkah kita bayangkan 22 peratus DAP mengusai 70 peratus bangsa Melayu di Tanah Melayu ini,” soalnya.

    Pun begitu tidak jelas dari mana dia mendapat angka 22 peratus itu.

    Semalam, bekas Menteri undang-undang Zaid Ibrahim berkata dia telah menelefon Tamrin untuk tidak terlalu keras pada catatan di blognya itu.

    “Jika tidak, Bukit Aman akan datang panggil,” katanya sambil merujuk kepada ibu pejabat polis itu.

    Bagaimanapun, amarannya terlambat kerana Tamrin memaklumkan dia telah pun dipanggil oleh Bukit Aman.

    Namun Zaid mengecam tindakan polis itu, berkata dia terkejut polis akan memanggil seseorang berdasarkan ramalan.

    Dia melahirkan rasa ingin tahu siapa yang membuat laporan polis terhadap Tamrin berhubung perkara itu.

    “Membuat ramalan tidak sepatutnya menjadi satu kesalahan jenayah.

    “Sudah tentu DAP tidak akan berasa sangat kecewa dengan naratif itu untuk membuat laporan,” katanya.

    Dia juga menolak Umno akan terlibat dalam perkara itu kerana “mereka sudah sibuk dengan stoking dan tapak kasut.”

    ALSO READ:  ‘Malu apa ketua pembangkangku’

    Pun begitu, catatan di blog Tamrin itu turut menyentuh hal-hal lain dan membuat dakwaan tertentu kepada pemimpin negara, seperti Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts